Willem Dafoe Ingin Terus Memainkan Watak Green Goblin

Willem Dafoe adalah seorang pelakon yang hebat. Aku mula mengenali beliau dalam filem Spider-Man Sam Raimi di mana beliau berlakon sebagai Norman Osborn, CEO Oscorp dan berubah menjadi antagonis utama iaitu Green Goblin.

Filem ini adalah pada tahun 2002 dan selepas 19 tahun beliau kembali memainkan watak ini dalam filem Spider-Man: No Way Home pula merentas ke mesta MCU.

Terkini menerusi temuramah Inverse, Dafor menyatakan beliau masih minat dan ingin teris memainkan watak ini. Sejak filem Spider-Man Sam Raimi tahun 2002 dan kemudian Spider-Man: No Way Home oleh Jon Watts beliau sentiasa mempunyai masa yang baik dan pengalaman yang berbeza.

Dafoe turut menyatakan watak ini cukup menarik dan tiada masalah untuk kembali melakonkannya. Tambahan beliau lagi, ketika menerima panggilan untuk kembali melakonkan watak ini beliau tidak fikir dua kali dan terus menerimanya.

Dengan Marvel sudah mula menulis skrip untuk filem Spider-Man 4 dan MCU mula fokus kepada konsep multimesta, mungkin beliau ada peluang untuk kembali? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Inverse

Sohor Kini