Sandman Mungkin Akan Kembali Dalam Projek Spider-Man Lain

Dalam filem Spider-Man: No Way Home Sony dan Marvel telah mengembalikan banyak watak daripada filem Spider-Man lama sebelum memasuki MCU. Antara watak ini adalah Sandman (Thomas Haden Church), Green Goblin (Willem Dafoe), Doc Ock (Alfred Molina), The Lizard (Rhys Ifans) dan Electro (Jamies Foxx).

Ramai yang memainkan peranan penting dan berlakon di set bersama Tom Holland. Tetapi ada watak hanya rakaman suara dan studio menggunakan semula aset filem lama.

Baru-baru ini Thomas Haden Church iaitu pelakon Sandman berkongsi yang dalam No Way Home ada adegan bersama dengan anak dari kisah Spider-Man 3 telah dipotong. Church turut ada berbincang dengan Amy Pascal dan Kevin Feige untuk meneruskan watak ini.

Menurut beliau ada kemungkinan Sandman akan muncul dalam projek masa hadapan berkaitan Spider-Man. Jelas di sini beliau masih berminat untuk memainkan watak ini sama dengan Willem Dafoe yang turut ingin terus memainkan watak Green Goblin.

Sohor Kini