Deadpool 3 adalah antara filem yang dinanti-nantikan. Ini kerana akhirnya filem ini memasuki MCU dan buat pertama kali selepas sekian lama diminta oleh peminat – Wolverine akan berganding bahu dengan Deadpool. Selain turut akan menjadi filem MCU pertama yang ganas.

Filem ini akan diarahkan oleh Shawn Levy (Freeguy, Stranger Things) dan menurutu Ryan Reynolds filem ini tidak akan mengganggu garis masa filem Logan. Terbaru Reynolds telah berkongsi imej beliau dalam kostum Deadpool dan juga Hugh Jackman dalam kostum klasik kuning hitam yang terkenal dalam komik.

Bagi yang tidak tahu kostum ini pernah diperlihatkan dalam adegan yang dipotong dalam filem The Wolverine tahun 2013. Buat masa ini sinopsis penuh masih tidak didedahkan lagi. Dikhabarkan filem ini akan melibatkan watak merentas antara multimesta dan juga merentas masa.

Sebelum ini telah kami laporkan yang Jennifer Garner turut dilaporkan akan kembali sebagai Elektra. TVA yang diperlihatkan dalam siri Loki juga turut dikhabarkan akan memainkan peranan. Selain itu Negasonic Teenage Warhead dan Yukio turut akan kembali dengan pelakon sama iaitu Brianna Hildebrand dan Shioli Kutsuna. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini