Deadpool 3 Melibatkan Jennifer Garner Sebagai Elektra

THR hari ini telah melaporkan yang Jennifer Garner akan kembali menjadi Elektra di dalam filem Deadpool 3. Watak yang dibawa olehnya sebanyak dua kali iaitu untuk filem Daredevil pada tahun 2003 dan filem Elektra pada tahun 2005.

Dengan laporan ini, ia mungkin mengesahkan ura-ura yang mengatakan Ben Affleck juga akan kembali membawa watak Daredevil di dalam filem ini. Deadpool 3 sebelum ini juga telah mengumumkan yang Hugh Jackman akan kembali sebagai Wolverine.

Di dalam penundaan tarikh kebanyakan filem-filem di bawah Disney, Deadpool 3 adalah filem yang sebaliknya di awalkan iaitu akan ditayangkan pada 3 Mei 2024 berbanding bulan November yang diumumkan sebelum ini.

Deadpool 3 akan diarahkan oleh Shawn Levy yang sebelum ini telah berkerja bersama dengan Ryan Reynold di dalam filem Free Guy dan The Adam Project yang turut melibatkan Jennifer Garner.

Sohor Kini