Ryan Reynolds di dalam gaya Ryan Reynolds sendiri telah mengeluarkan satu video yang berkongsi mengenai perkembangan terbaru untuk watak adiwira yang di bawanya iaitu Deadpool.
Di dalam video tersebut, beliau telah mengumumkan yang Deadpool akan secara rasminya menyertai Marvel Cinematic Universe melalui Deadpool 3 yang akan tiba pada 6 September 2024.
Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Itu bukan sahaja pengumuman yang boleh dilakukan olehnya, di dalam video tersebut Hugh Jackman secara tiba-tiba membuat penampilan dan Ryan Reynolds bertanya sama ada jika dia ingin membawa watak Wolverine ‘sekali lagi’, dan menerima jawapan ‘ya’.
Ini sudah semestinya satu pengumuman yang lain daripada pengumuman biasa yang dilakukan untuk filem-filem Marvel ataupun MCU secara umum. Ryan Reynolds juga meminta maaf kerana terlepas D23 sebelum ini.
Sebelum ini, Disney dan Marvel telah memberi lampu hijau untuk Deadpool 3 terus menjadi filem Deadpool dengan mempunyai keganasan melampau walaupun sudah menyertai MCU.