Skip to main content

Deadpool adalah francais filem Marvel milik Fox yang berjaya. Ia berlaku dalam dunia X-Men, di mana tema filem ini adalah ganar, ngeri, dan banyak penggunaan kata-kata kesat. Filem ini menerima pengkadaran R atau untuk tontonan penonton berusia 18 Tahun ke atas.

Filem Deadpool 3 sudah pun disahkan akan diteruskan. Tetapi selepas Disney membeli Fox, ramai risau yang filem ini akan menjadi mesra kanak-kanak dan sesuai untuk tontonan umum. Kita semua tahu yang kandungan Disney memfokuskan tontonan untuk seisi keluarga. Memandangkan Deadpool adalah watak yang boleh break the 4th wallwatak ini disahkan akan masuk ke MCU dan juga akan menjadi filem ganas pertama Disney.

Jadi kita akan lihat filem Deadpool lakonan Ryan Reynolds pertama yang dihasilkan Marvel Studios. Tetapi filem ketiga ini tidak akan ditulis oleh Rhett Reese dan Paul Wernick seperti filem pertama dan kedua. Sebaliknya mungkin akan digantikan dengan Wendy Molyneux dan Lizzie Molyneux-Loeglin iaitu penulis siri animasi Bob Burger’s.

Terkini menurut laporan dari penulis THR, Aaron Couch – Kevin Feige menyatakan yang hanya filem Deadpool 3 sahaja akan menjadi filem ganas atau dengan pengkadaran R dari Disney/Marvel Studios. Tiada perancangan untuk filem lain hadir dengan gaya sebegini.

Ini tidak mengejutkan. Kerana Disney tiada pilihan untuk menjayakan filem Deadpool selain dengan menyertakan elemen ganas. Filem ini meraih populariti kerana ia ganas gila. Cuma menjadi persoalan, adakah jika watak ini melakukan penampilan khas dalam filem-filem MCU – ia akan lembut dan baik hati? Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply