Selepas Disney mengambil-alih Fox, ramai risau akan masa depan filem Deadpool. Ini kerana di bawah Fox, filem ini boleh menjadi ganas dan menerima pengkadaran R atau 18 – tetapi di bawah Disney filem-filem adiwira mereka semuanya untuk tontonan umum.

Kevin Feige kemudian mengesahkan yang Deadpool 3 akan menjadi filem di dalam MCU dan juga satu-satunya filem MCU yang ganas. Selepas sekian lama menyepi, akhirnya filem ini menerima perkembangan terkini – pengarah sudah pun ditemui. Beliau adalah Shawn Levy iaitu pengarah yang mengarah filem Free Guy dan juga yang terkini The Adam Project.

Dengan Shawn sebagai pengarah, ia adalah kali ketiga beliau bekerjasama dengan Ryan Reynolds. Juga merupakan pengarah ketiga selepas Tim Miller (Deadpool) dan David Leitch (Deadpool 2). Penulis skrip yang dilaporkan sebelum ini Wendy Molyneux dan Lizzie Molyneux-Loeglin (penulis siri animasi Bob Burger’s) digantikan oleh Rhett Reese dan Paul Wernick iaitu penulis asal untuk kedua-dua filem Deadpool.

Pada awalnya filem ini dikatakan akan ditayangkan sekitar 2023, namun selepas Covid dan banyak perubahan dalam perancangan MCU – ia mungkin ditunda lagi. Tarikh tayangan, skrip, produksi semuanya masih belum diketahui lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini