Mattel Films sedang merancang untuk mengadaptasi kebanyakan mainan mereka ke filem. Antara yang akan ditayangkan adalah Barbie, kemudian terdapat 45 filem dalam perancangan dan hanya beberapa sahaja disahkan sedang dalam pembangunan.
Baru-baru ini Bloody Disgusting melaporkan yang penulis Cocaine Bear iaitu Jimmy Warden akan menulis filem seram komedi Magic 8 Ball. Filem ini akan dihasilkan oleh Blumhouse dan akan menjadi filem yang suspens tetapi tidak ganas atau ngeri.
Ini kerana ketua filem Mattel Films iaitu Robbie Brenner tidak mahukan filem-filem mainan Mattel mempunyai rating R. Tiada butiran lain mengenai bilakah filem ini akan ditayangkan, senarai pelakon dan sinopsis – sama-sama kita nantikan.
Sumber – Bloody Disgusting