Filem Barbie akan ditayangkan pada 20 Julai ini. Ini adalah kali pertama mainan anak patung Mattel diadaptasi menjadi filem aksi nyata selepas sekian lama hanya menjadi animasi sahaja. Filem ini turut diterbit oleh Mattel Films. Dengan maklum balas positif terhadap Barbie, Mattel mempunyai impian besar untuk mengadaptasi kebanyakan mainan mereka menjadi filem.

The New Yorker baru-baru ini melaporkan yang Mattel Films mempunyai 45 filem dalam pembangunan dan hanya segelintir sahaja yang telah didedahkan kepada umum. Berikut adalah antara yang dirancang dan akan ditayangkan;

  1. American Girl
  2. Barbie
  3. Barney
  4. Big Jim
  5. Hot Wheels
  6. Magic 8 Ball
  7. Major Matt Mason
  8. Matchbox
  9. Masters of the Universe
  10. Polly Pocket
  11. Rock ‘Em Sock ‘Em Robots
  12. Uno
  13. View-Master

Barney akan menjadi filem untuk orang dewasa oleh Daniel Kaluuya, Hot Wheels pula akan dihasilkan oleh J.J. Abrams, Uno akan menjadi rancangan realiti, Major Matt Mason dilaporkan akan dilakonkan oleh Tom Hanks dan Rock ‘Em Sock ‘Em Robots pula dengan Vin Diesel.

Mattel Films jelas sekali ingin bersaing dengan Hasbro yang tidak dinafikan berjaya dalam mengadaptasi produk mainan kepada francais filem dengan kutipan yang memberangsangkan.

Ini turut memberi peluang kepada Mattel untuk membina mesta filem sendiri (mungkin Mattel-Mesta? Mattel-Verse?) seperti Hasbro yang cuba mengaitkan Transformers dan G.I. Joe dalam filem Rise of the Beast.

Sumber – The New Yorker

Sohor Kini