Skip to main content

Dalam episod akhir siri The Falcon and the Winter Soldier, telah disahkan yang Sam Wilson lakonan Anthony Mackie adalah Captain America baharu dengan teks Captain America and the Winter Soldier.

Sambungan kepada siri TV ini adalah filem Captain America keempat yang akan ditayangkan pada 3 Mei 2024.

Ketika pengumuman awal, judul yang digunakan adalah Captain America: New World Order. Namun, melalui pengumuman terbaru filem yang turut akan mengembalikan Liv Tyler dan melibatkan Harrison Ford ini telah menerima judul berlainan iaitu Captain America: Brave New World.

Butiran filem ini masih tidak jelas selain akan melibatkan sesuatu berkaitan dengan Hulk. Watak Harrison Ford pula adalah Thunderbolt Ross dan dikhabarkan turut akan menjadi Red Hulk. Ford menggantikan William Hurt yang meninggal dunia pada Mac tahun lepas.

Sumber – IG Anthony Mackie

Leave a Reply