The Hollywood Reporter telah melaporkan yang Liv Tyler akan kembali membawa watak Betty Ross di dalam Captain America 4 ataupun Captain America: New World Order.

Liv Tyler sebelum ini membawa watak Betty Ross di dalam filem The Incredible Hulk yang dikeluarkan pada tahun 2008. Betty Ross merupakan anak kepada Thaddeus Ross dan juga teman wanita kepada Bruce Banner ataupun Hulk di dalam film tersebut.

Marvel sebelum ini telah mengumumkan yang Thaddeus Ross akan dilakonkan oleh Harrison Ford di dalam filem ini, selepas William Hurt meninggal dunia pada tahun lepas. Selain Liv Tyler dan Harrison Ford, Shira Haas juga diumumkan sebagai Sabra dan Tim Blake Nelson kembali sebagai Samuel Sterns ataupun The Leader.

Captain America: New World Order diumumkan akan tiba pada 3 Mei 2024,

Sohor Kini