Selepas tamatnya siri The Falcon and the Winter Soldier di Disney+, secara rasminya Sam Wilson iaitu adiwira yang digelar Falcon menjadi Captain America rasmi untuk dunia MCU. Beliau tampil dengan kostum daripada Wakanda dengan rekaan mirip daripada komik serta dengan visi dan misi baharu untuk keamanan dunia.

Selepas siri TV ini tamat, laman-laman media sosial rasmi Captain America juga telah diubah daripada versi Steve Rogers menjadi versi beliau.

Terkini menurut Deadline, Anthony Mackie telah menandatangani perjanjian bersama Disney dan Marvel Studios untuk filem Captain America 4 (buka judul rasmi). Walau bagaimanapun segala butiran masih dirahsiakan, dan filem ini masih tiada sinopsis, tiada senarai pelakon dan juga pengarah.

Turut tidak pasti adakah Sebastian Stan akan kembali sebagai Bucky/Winter Soldier dalam filem ini atau adakah Zemo dan Wakanda akan kembali? Apa yang pasti Malcolm Spellman selaku penerbit dan penulis siri TV The Falcon and the Witer Soldier akan meneruskan bakat beliau untuk filem keempat Captain America ini.

Ada menyatakan filem ini adalah sambungan secara terus kepada siri TV Falcon. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan. Untuk tahun ini sahaja, jadual filem-filem MCU sudah penuh berserta siri TV di Disney+.

Sohor Kini