General Thaddeus “Thunderbolt” Ross adalah pegawai di tentera Amerika Syarikat dalam MCU. Watak ini dimainkan oleh William Hurt, tetapi beliau telah meninggal dunia pada Mac lepas.

Selepas pelbagai khabar angin mengenai pelakon pengganti bagi watak Thunderbolt Ross ini, Deadline melaporkan yang Marvel Studios telah memilih Harrison Ford iaitu pelakon Indiana Jones untuk memainkan watak ini. Beliau akan mula muncul dalam filem Captain America: New World Order bersama-sama dengan Anthony Mackie, with Shira Haas, Tim Blake Nelson dan Carl Lumbly.

Filem Captain America: New World Order ini akan diarahkan oleh Julius Onah dengan penulis The Falcon and the Winter Soldier iaitu Malcolm Spellman sebagai penulis skrip. Harrison Ford turut ada potensi untuk kekal memainkan watak Thunderbolt Ross dalam dunia MCU, kerana watak ini adalah ketua bagi pasukan Thunderbolts yang turut akan mempunyai filem tersendiri akan datang.

Dalam komik, Thunderbolt Ross turut akan menjadi Red Hulk. Tetapi tidak pasti jika Harrison Ford akan memainkan watak Hulk ini atau hanya menjadi Thunderbolt Ross sahaja. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini