Marvel di San Diego Comic-con telah mengumumkan yang filem seterusnya untuk Captain America akan menggunakan judul Captain America: New World Order. Ia adalah filem keempat untuk siri ini, akan tetapi menjadi yang pertama Sam Wilson ataupun Falcon lakonan Anthony Mackie membawa gelaran tersebut.

Captain America: New World Order ini akan ditayangkan pada 3 Mei 2024, dan merupakan sebahagian daripada Marvel Cinematic Universe Fasa 5. Seperti dilaporkan sebelum ini, Julius Onah akan menjadi pengarah dengan Malcolm Spellman dan Dalan Musson (The Falcon and the Winter Soldier) akan menjadi penerbit.

Filem ini juga dikatakan akan meneruskan penceritaan daripada siri Disney+ The Falcon and the Winter Soldier yang tiba pada tahun 2021.

Sohor Kini