William Hurt pelakon terkemuka yang membintangi filem MCU sebagai General Thaddeus “Thunderbolt” Ross, Lost in Space, A History of Violence dan Kiss of The Spider Woman telah meninggal dunia pada usia 71 tahun. Pelakon yang memenangi anugerah pelakon terbaik Oscar pada tahun 1985 untuk filem Kiss of The Spider Woman ini telah memerangi kanser yang merebak ke tulang sejak 2018. Sebab kematian tidak diumumkan oleh pihak keluarga.

Hurt ialah pelakon yang cukup disegani dengan beliau menerima tiga pencalonan Oscar untuk tiga tahun berturut-turut untuk filem Kiss of The Spider Woman, Children of Lesser God dan Broadcast News. Sepanjang kerjaya lakonan, Hurt mendapat pencalonan Oscar sebanyak empat kali serta turut memenangi anugerah BAFTA dan Cannes.

Selain filem beliau juga aktif dalam pementasan teater dan sekali sekali muncul di kaca TV. Beliau memainkan watak Duke Leto Atreides di dalam siri adaptasi Dune pada tahun 2000. Filem terakhir yang dibintangi beliau ialah The King’s Daughter yang ditayangkan tahun ini walaupun penggambaran telahpun lengkap sejak 2014 lagi.

Sumber Variety

Sohor Kini