Skip to main content

Pada tahun 2021, kes Mahkamah di antara Epic Games dengan Apple berakhir dengan kemenangan untuk Apple dengan 9 daripada 10 pertuduhan berpihak kepada Apple.

Satu-satu perkara yang tidak berpihak kepada Apple adalah mereka perlu membolehkan pautan disertakan di dalam aplikasi untuk pembayaran alternatif – perkara ini berjaya ditangguhkan oleh Apple.

Tidak mengejutkan yang Epic Games telah memfailkan rayuan terhadap perkara tersebut di Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat.

Melalui pemfailan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 24 April 2023, mereka mengekalkan kesemua keputusan daripada Mahkamah sebelum ini – sesuatu yang dikatakan oleh Apple sebagai kejayaan yang jelas.

Namun, ini juga bermakna yang keputusan untuk memerlukan Apple membolehkan pembangun menyediakan pautan kepada pembayaran alternatif di dalam aplikasi turut dikekalkan. Apple mengatakan yang mereka bercadang untuk memfailkan rayuan keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi.

CEO Epic Games, Tim Sweeney melalui ciapan di Twitter mengatakan yang Apple menang di Mahkamah, tetapi mengatakan Apple kini perlu membenarkan untuk pautan ke sistem pembayaran alternatif adalah perkara yang baik.

Beliau juga mengatakan yang Epic Games sedang melakukan perancangan untuk langkah seterusnya oleh mereka. Pada awal tahun ini, beliau juga mengacahkan yang Fortnite mungkin akan kembali ke iOS sekitar tahun ini.

Leave a Reply