Skip to main content

Selepas Apple dan Epic Games berbulan-bulan bergaduh di mahkamah, keputusan dikeluarkan yang lebih memihak kepada Apple di mana, mahkamah bersetuju yang Apple mempunyai hak untuk tidak menyenaraikan Fortnite di App Store, dan satu-satunya ‘kejayaan’ untuk Epic Games adalah Apple perlu membenarkan pembangun aplikasi untuk meletakkan pautan ke sistem bayaran alternatif.

Baca: Mengapa Epic Games Yang Kalah Di Dalam Pergaduhan Dengan Apple

Terbaru, kejayaan tersebut tampaknya ditangguhkan apabila Apple telah melakukan rayuan di mahkamah. Hakim bersetuju untuk menangguhkan perkara tersebut sebelum kes dibincangkan sepenuhnya di mahkamah tersebut. Apple sepatutnya membenarkan ia dilakukan pada 10 Disember 2021.

Dengan penangguhan ini, Apple tidak perlu melakukan apa-apa selepas pergaduhan dengan Epic Games dan boleh dikatakan sebagai kejayaan yang menyeluruh kepada Apple. Epic Games sebelum ini telah mengesahkan yang mereka memfailkan rayuan terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah sebelum ini.

Leave a Reply