Wizards of the Coast telah melancarkan secara rasmi penambahan terbaru bagi permainan kad mereka Magic The Gathering iaitu March of the Machine yang merupakan bahagian keempat dan juga terakhir untuk penceritaan Phyrexian dan akan menjadi penutup bagi penceritaan yang bermula dengan Dominaria United, diikuti The Brothers’ War dan All Will Be One.

Baca: Magic: The Gathering – March of the Machine Akan Dilancarkan Pada 21 April

Pek Prerelease

Bersempena dengan pelancaran ini, Wizards telah memberi kesempatan kepada kami untuk mencuba dengan lebih awal penambahan ini bersama dengan rakan-rakan media yang lain. Di acara ini kami diberikan Pek Prerelease yang menyertakan barangan berikut;

  • 6 March of the Machine Draft Boosters
  • 1 Traditional Foil (Rare or Mythic Rare) –
  • 1 kad Mythic Rare dengan 18% kemungkinan untuk mendapat Traditional Foil
  • 1 kotak dek
  • 1 dadu

Anda boleh dapatkan Prerelease pek ini di pengedar-pengedar kad Magic yang menawarkannya, seperti Classroom Cafe dengan harga RM100. Daripada 6 Draft Booster ini kami membentuk satu dek 40 kad untuk mencuba beberapa mekanik baharu di dalam penambahan ini.

Kad mythic rare yang saya peroleh daripada Draft Booster ini adalah Sheoldred oleh itu, saya telah membentuk dek Hitam dan Merah dengan harapan untuk menggunakan segala kuasa yang terdapat pada Sheoldred.

Malangnya, daripada 6 Draft Booster tersebut saya tidak mempunyai kad counter yang mencukupi, dan Sheoldred sering disekat dan tidak dapat untuk memperlihatkan kebolehannya buat dua pertempuran berturut-turut.

Saya sekurang-kurangnya dapat mencuba kad Battles yang diperkenalkan di dalam penambahan ini, anda menurunkan kad ini di bahagian lawan dan perlu menyerangnya, jika berjaya untuk menyerang, kad itu akan bertukar menjadi kad untuk anda. Mekanik ini agak menarik untuk memaksa pemain lawan bertahan dengan lebih agresif berbanding membiarkan sahaja serangan berlaku.

Commander Deck

Sejak dari tahun lepas, Wizards telah membuat penawaran Commander Deck dengan agak kerap, dan penambahan pertama untuk tahun ini, juga menyertakan Commander Deck baharu. Bagi March of the Machine terdapat 5 pilihan Commander Deck iaitu Growing Threat, Cavalry Charge, Call for Backup, Divine Convocation, dan Tinker Time.

Wizards telah menyediakan saya satu Commander Deck iaitu Growing Threat yang menyertakan Brimaz, Blight of Oreskos sebagai Commander.

Setiap pilihan untuk Commander Deck akan mempunyai warna, strategi dan juga mekanik utama yang berlainan. Bagi Growing Threat yang kami terima, dek ini mempunyai warna Putih dan Hitam.

Secara amnya, strategi untuk Growing Threat adalah dengan menggunakan token yang akan berubah menjadi Phyrexians. Brimaz sebagai Commander akan mempunyai kebolehan untuk incubate token dengan kerap melalui penggunaan Phyrexians. Dengan kata lain, pemain akan terus menggunakan Phyrexians untuk menghasilkan token yang akan turut menjadi Phyrexians.

Berbanding terus menjadi token Phyrexians, konsep incubate membantu untuk saya mengawal bila saya ingin menjadikan token tersebut kepada Phyrexians, bagi mengelakkan pemain lawan untuk menyerang mereka ataupun membunuh menggunakan mana-mana spell.

Ini ditambah lagi mekanik kedua di Brimaz iaitu jika ada Phyrexian yang mati, proliferate boleh dilakukan. Di dalam dek ini juga disertakan pelbagai kad yang membolehkan saya untuk sacrifice Phyrexians dan mendapat kelebihan daripada sacrifice tersebut dan juga proliferate.

Di dalam setiap Commander Deck akan menyertakan 100 kad termasuk juga 10 kad baharu khusus untuk dek ini, 10 kad Planechase bersama dengan satu dadu Planar, 10 token dua muka, roda nyawa, dan kotak dek.

Perkara menarik di dalam Commander Deck kali ini sudah semestinya adalah Planechase yang disertakan, daripada 10 terdapat juga 5 dengan rekaan baharu. Planechase merupakan satu lagi cara tambahan untuk bermain Commander, dengan satu Plane akan dipilih pada awal permainan yang mempunyai mekanik tersendiri.

Setiap pusingan, pemain boleh menggunakan dadu Planar untuk menentukan sama ada bergerak ke Plane yang lain ataupun ‘Chaos’ yang akan menyertakan mekanik tambahan. Planechase menarik kerana setiap kad Plane akan memberi kesan kepada sesi permainan secara menyeluruh dan bukan kepada salah seorang pemain sahaja.

Selain itu, terdapat juga Collector Booster Sample yang menyertakan dua kad unik dengan rekaan yang menarik. Bergantung kepada nasib, anda mungkin mendapat kad yang bernilai, walaupun tidak, rekaan untuk kad ini adalah cantik dan baik untuk mengumpul.

Setiap Commander Deck ini boleh didapatkan secara berasingan dengan harga bermula RM159 dan mungkin berlainan mengikut tempat anda membelinya. Sesetengah kedai juga menawarkan set penuh untuk kelima-kelima Commander Deck.

Anda boleh melakukan pembelian ataupun dapatkan maklumat lanjut di pengedar rasmi Magic: The Gathering di Malaysia yang boleh dicari di pautan ini.

Fotografi oleh Khairunisa Aqilah untuk Aksiz

Sohor Kini