Wizards of the Coast hari ini secara rasminya telah melancarkan penambahan terbaru untuk Magic the Gathering iaitu Phyrexia: All Will Be One. Penambahan ini akan menyertakan 271 kad dan merupakan bahagian ketiga daripada empat untuk penceritaan Phyrexian menyertai Dominaria United dan The Brothers’ War yang dikeluarkan sebelum ini.
Bersempena dengan pelancaran ini, Wizards telah menyediakan kami satu set media yang menyertakan satu kotak tekaria, Set Boosters dan juga Collector Boosters;
Seperti penambahan sebelum ini iaitu The Brothers’ War, kali ini kami juga menerima satu kotak tekaria yang mengandungi mesej tersembunyi. Oleh itu, kami perlu memakai topi pengembara untuk menyelesaikan tekaria ini dan melihat mesej yang ingin disampaikan.
Menyelesaikan tekaria ini agak ringkas… jujur-nya tidak, kerana kami tidak fasih di berbahasa Phyrexian akan tetapi kami mengenali satu perkataan di dalam empat perkataan yang tertulis iaitu perkataan yang kedua. Kami mendapati perkataan tersebut tertulis di beberapa tempat untuk barangan promosi bagi penambahan ini, termasuk juga di kad Jace, the Perfected Mine, perkataan yang tertulis adalah ‘Jnakm’ yang dikatakan membawa maksud kesempurnaan.
Walaupun kami tidak pasti jika ia adalah benar, tetapi kayu di tempat ketiga ini boleh dibuka yang sekali gus membolehkan saya untuk membuka satu petak dan di dalamnya mengandungi mesej tersembunyi yang pertama iaitu “Surrender to Perfection”.
Membuka petak yang pertama ini juga memberi akses kepada kami untuk membuka petak kedua,yang memberikan mesej tersembunyi kedua iaitu “We Shall Cleanse Their Impurity”.
Dua mesej ini boleh dikatakan merupakan apa yang dipercayai oleh Phyrexian mengenai mereka adalah kehidupan yang sempurna dan perlu membasmi puak-puak yang lain.
Set Booster merupakan salah satu berkas yang boleh dibeli untuk penambahan Phyrexia: All Will Be One. Set Booster ini ditawarkan dengan harga RM550 seperti biasa menyertakan 30 pek Set Boosters yang setiap-nya akan mengandungi kandungan seperti berikut;
Kami telah membuka kesemua set booster ini dan boleh katakan sangat berpuas hati dengan apa yang diperoleh. Daripada 30 set booster ini, kami telah mendapat 6 kad Mythic Rare termasuk juga dua adalah dari penambahan sebelum ini. Daripada 6 kad Mythic Rare tersebut, dua kad yang ‘terbaik’ adalah Vraska, Betrayal’s Sting dan Mondrak, Glory Dominus yang kedua-dua bernilai lebih RM100 setiap satu terutama kedua-duanya adalah versi Borderless ataupun Showcase.
Kami sangat menyukai rekaan kad untuk penambahan kali ini yang benar-benar membawa tema dunia gelap dan seram. Tema yang bersesuaian dengan Phyrexia. Ini termasuk juga dengan kad Land yang mempunyai dua rekaan berbeza. Anda boleh melihat di bawah segala rekaan-rekaan lain untuk kad di dalam penambahan ini.
Berkas seterusnya adalah Collector Boosters yang khusus ditawarkan bagi pengumpul, walaupun dijual dengan harga lebih mahal berbanding Set Booster iaitu RM1,200 dan mengandungi 12 pek sahaja akan tetapi pek tersebut adalah Collector Boosters yang akan mengandungi;
Kami telah membuka kesemua 12 pek dan telah mendapat 6 kad jenis Mythic Rare, jumlah yang sama seperti kami membuka 30 pek Set Boosters. Walaupun tidak mendapat kad Mythic Rare yang bernilai tinggi akan tetapi kami menerima pelbagai rekaan berbeza.
Antara rekaan yang kami terima adalah kad yang sepenuhnya tertulis dengan bahasa Phyrexian, kad ‘Step and Compleat Foil’ iaitu kad jenis baharu yang diperkenalkan di dalam penambahan ini. Kad jenis ini akan mempunyai logo holografi penambahan Phyrexia: All Will Be One di bahagian depan kad. Anda boleh lihat rekaan-rekaan tersebut melalui gambar di bawah.
Sasaran kami untuk penambahan kali ini sudah semestinya adalah kad Elesh Norn, mother of Machines yang merupakan ketua kepada Phyrexian dan juga boleh dikatakan sebagai antara kad terkuat di dalam penambahan ini. Namun, kami juga tertarik dengan kad ini kerana ia menyertakan variasi rekaan oleh mangaka terkenal iaitu Junji-Ito, tetapi selepas membuka Set Booster dan juga Collector Booster kami tidak mendapatnya dan mungkin perlu mencari di pasaran terbuka.
Selain Set Booster dan Collector Booster, Phyrexia: All Will Be One juga ditawarkan melalui Draft Boosters, Jumpstart Boosters, Comamnder Deck, Bundles dan Complete Bundle Edition. Anda boleh melakukan pembelian ataupun dapatkan maklumat lanjut di pengedar rasmi Magic: The Gathering di Malaysia yang boleh dicari di pautan ini.