Magic: The Gathering secara rasminya melancarkan penambahan terbaru mereka iaitu MTG Dominaria United pada 9 September lepas, dan saya berkesempatan untuk menjadi antara yang terawal mencuba penambahan ini ketika acara pra-pelancaran, anda boleh baca pengalaman penuh saya mencubanya di pautan ini; MTG Dominaria United: Acara Pra-Pelancaran Dan Mencuba Pek Prerelease.
Selain itu, Wizards of the Coast juga telah menyediakan saya Set Boosters untuk penambahan ini, dan melalui artikel ini saya akan kongsikan kad-kad menarik yang saya dapat semasa membukannya, termasuk juga kad bernilai RM200. Sebelum itu, saya akan terangkan serba sedikit mengenai apa yang disediakan di dalam Set Boosters ini.
Satu kotak Set Boosters ditawarkan dengan harga lebih kurang RM550 di pasaran, ia mengandungi 30 pek Set Boosters dan juga 1 Box Topper yang untuk saya ia mengandungi kad foil Ohabi Caleria. Wizards juga memberikan satu media box yang mengandungi peta, kanta merah dan juga kompas yang mengandungi misteri untuk Dominaria.
Selain Set Boosters, Dominaria United juga hadir dengan Draft Boosters, Collector Boosters, Commander dan juga kembalinya Jumpstart Booster. Jumpstart adalah booster yang sesuai untuk pemain baharu dan juga lama yang ingin bermain secara terus. Setiap pek akan mengetengahkan 10 tema unik di dunia Dominaria dan akan mengandungi 20 kad yang boleh digabungkan dengan satu lagi pek Jumpstart untuk membentuk satu dek.
Untuk melihat kad-kad yang ditawarkan melalui pek penambahan ini, saya telah membuka 10 pek Set Boosters, namun sebelum itu, berikut adalah apa yang saya boleh jangkakan daripada setiap pek Set Boosters ini;
Selepas membuka 10 pek Set Boosters saya mendapat 11 kad rare dan 1 kad Mythic Rare, dan boleh dikatakan 2 kad lebih daripada kebiasaan. Kad-kad rare yang saya dapat mempunyai nilai serangah RM3 sehinggalah yang paling mahal iaitu Liliana of the Veil.
Liliana of the Veil merupakan Legendary Planeswalker, yang apabila digunakan akan mempunyai 3 Loyalty sebagai permulaan dengan Loyalty ability adalah “kedua-dua pemain membuang kad” dengan dua Ultimate ability iaitu “mengorbankan mana-mana kad lawan” yang menggunakan 2 Loyalty ataupun “pemain boleh mengasingkan kesemua kad kekal pemain lawan kepada dua longgokan dan mereka perlu memilih untuk membuang satu longgokan”.
Ia sudah semestinya satu kad yang menarik, dan buat masa ini popular dengan dek-dek midrange untuk warna hitam bersama dengan merah. Liliana of the Veil buat masa ini ditawarkan dengan harga $37 (~RM172) untuk versi biasa, manakala saya mendapat versi Borderless yang mempunyai harga sedikit lebih tinggi iaitu $47 (~RM218) jika mengikut MTG Gold Fish.
Selain itu, seperti yang dinyatakan di atas, berikut adalah kad-kad dengan mural kaca dan juga kad-kad Foil yang saya dapat dari 10 pek Set Boosters ini.
Selain itu, saya juga mendapat dua kad daripada “The List” iaitu kad-kad daripada penambahan-penambahan lama. Dua kad yang saya dapat adalah Scryb Ranger iaitu kad dari penambahan Time Spiral yang dikeluarkan pada tahun 2006 dan juga Sleeper Agent iaitu kad dari penambahan Tenth Edition yang dikeluarkan pada tahun 2007.
Jika anda ingin mengetahui lanjut mengenai penambahan Dominaria United anda boleh layari; https://magic.wizards.com/en/products/dominaria-united. Anda juga boleh layari laman ini untuk mengetahui pengedar-pengedar tempatan bagi Magic: The Gathering.