Nyah Kotak Set Booster Untuk Magic The Gathering The Brothers’ War

Wizards of the Coast telah melancarkan secara rasminya penambahan terbaru untuk permainan kad mereka iaitu Magic the Gathering The Brothers’ War. Ia adalah set kedua daripada empat untuk penceritaan Phyrexian menyertai Dominaria United yang dikeluarkan pada bulan September lepas. Seperti judulnya, penambahan ini memfokuskan kepada pergaduhan dua saudara iaitu Urza dan Misha yang menjadi dua kad utama di dalam penambahan ini.

Penambahan ini akan menyertakan 287 kad baharu, termasuk juga kad Universes Beyond iaitu Transformers. Antara kad yang pemain boleh dapat adalah Optimus Prime dan juga Megatron bersama dengan pelbagai watak-watak transformers yang lain.

Set Boosters The Brothers’ War

Wizards juga telah menyediakan kami Set Boosters bagi penambahan ini, dan seperti biasa Set Boosters ditawarkan dengan harga lebih kurang RM550 di pasaran, ia mengandungi 30 pek Set Boosters, dan antara perkara menarik untuk Set Boosters bagi The Brothers’ War ia akan menyertakan sekurang-kurangnya 3 kad Transformer daripada set Universe Beyond x Transformer.

Berbanding sebelum ini saya hanya membuka beberapa set sahaja, kali ini saya membuka kesemua 30 set boosters untuk melihat apa yang diperoleh, namun sebelum itu, berikut adalah apa yang saya boleh jangkakan daripada setiap pek Set Boosters ini;

  • 12 kad Magic the Gathering (termasuk 1 Land)
  • Sekurang-kurangnya 1 kad yang mempunyai rarity Rare ataupun Mythic Rare.
  • 1 kad seni dan 1 kad iklan ataupun token

Daripada 30 set boosters ini, saya telah mendapat 59 kad Rare dan juga Mythic Rare, ini termasuk juga kad-kad Retro, iaitu kad lama yang dihasilkan semula dengan rekaan baharu. Daripada jumlah tersebut 5 kad adalah Mythic Rare daripada penambahan terbaru dan dua kad terbaik ataupun paling bernilai adalah Myrel, Shield of Argive dan Titania, Voice of Gaea.

Seperti yang dinyatakan di kotak, setiap 10 boosters akan disertakan 1 kad Transformers, oleh itu ia menyertakan tiga kad istimewa ini. Saya telah mendapat kad “Blitzwing, Cruel Tormentor”, Goldbug, Humanity’s Ally” dan “Cyclonus, the Saboteur”. Oleh kerana kad-kad ini adalah kad daripada set tambahan, ia bukanlah kad yang hanya boleh digunakan di dalam Commander ataupun mengikut peraturan sendiri.

Saya juga boleh katakan yang The Brothers’ War mempunyai rekaan kad Land yang antara terbaik berbanding penambahan-penambahan sebelum ini, terutama yang tidak mempunyai bingkai. Seperti biasa saya juga telah mendapat 30 kad karya daripada 81 yang disediakan, termasuk juga yang mempunyai tanda tangan.

Tekaria The Brothers’ War

Bersama dengan Set Booster ini, Wizards juga telah menyediakan satu set tekaria kayu yang menarik. Dengan menyelesaikan tekaria ini, ia akan membentuk Sylex yang dimiliki oleh Urza. Dengan menyelesaikannya, kata-kata ataupun jawapan untuk tekaria ini dikeluarkan iaitu “End The War” dan “Finish That Fight”.

Tekaria ini adalah sebahagian daripada kit untuk media sahaja dan ia bukanlah boleh didapatkan secara umum.

The Brothers’ War akan ditawarkan dengan pilihan Draft Boosters, Set Boosters, Collector Boosters, Jumpstarts Boosters, dan Commander Deck. Bagi pemain di Malaysia dengan setiap pembelian RM450 ataupun lebih, berpeluangt untuk dapatkan Token edisi terhad Contruct ataupun Urzan Automaton, ia adalah sambungan kepada token khas yang dikeluarkan di penambahan sebelum ini dan juga akan datang.

Anda boleh melakukan pembelian ataupun maklumat lanjut di pengedar rasmi Magic: The Gathering di Malaysia yang boleh dicari di pautan ini.

Sohor Kini