Wizards of the Coast akan melancarkan penambahan seterusnya untuk permainan kad mereka Magic: The Gathering pada 21 April 2023, melalui penambahan yang berjudul March of the Machine.

March of the Machine merupakan bahagian keempat dan juga terakhir untuk penceritaan Phyrexian yang akan menjadi penutup bagi penceritaan yang bermula dengan Dominaria United, diikuti The Brothers’ War dan All Will Be One.

Anda boleh tonton treler cinematic untuk penambahan ini di bawah.

Antara mekanik baharu dan juga yang kembali disertakan bersama dengan penambahan ini adalah Battles, kad Transforming Double-Faced, Backup, dan Incubate.

Dengan penambahan ini memfokuskan kepada peperangan besar, Battles adalah mekanik bersesuaian untuknya. Kad yang mempunyai Battles digunakan untuk menyerang dan diserang, kerana apabila kad Battles mati, akan bertukar menjadi kad Legendary Creature.

Bagi kad Transforming Double-Faced akan mempunyai kuasa berlainan untuk bahagian depan dan belakang kad, dengan perlu melakukan sesuatu untuk bertukar.

Kad yang mempunyai Backup akan memasuki medan pertempuran dengan counter +1/+1 ataupun meletakkan counter tersebut ke kad lain yang akan turut mendapat tambahan kuasa.

Manakala untuk Incubate membolehkan pemain untuk menghasilkan token incubator yang boleh bertukar menjadi Phyrexian.

Maklumat lanjut mengenai penawaran penambahan ini di pasaran Malaysia kami akan kongsi dalam masa terdekat.

Sohor Kini