John Wick iaitu filem aksi ngeri Keanu Reeves yang memfokuskan kisah beliau membalas dendam kerana anjing dibunuh dan ingin keluar daripada organisasi pembunuh upahan yang dahsyat digemari ramai. Sejak kali pertama ditayangkan pada tahun 2014 filem ini menerima rating Rotten Tomatoes 86% pengkritik dan 81% penonton.

Filem ini diteruskan dengan John Wick: Chapter 2 pada tahun 2017 dengan rating 89% dan 85% kemudian filem John Wick: Chapter 3 – Parabelum pula 89% dan 86%. Filem terakhir John Wick iaitu John Wick: Chapter 4 adalah filem dalam francais ini dengan rating paling tinggi setakat ini iaitu 94% oleh kedua-dua pengkritik dan penonton.

Baca – Ulasan John Wick 4

John Wick 4 adalah sebuah filem yang hebat dengan koreografi aksi mantap, suntingan yang cantik serta penceritaan yang ringkas tetapi bermakna. Keanu Reeves dalam filem ini hanya menyebut sekitar 380 patah perkataan dan majoritinya adalah Yeah tetapi masih digemari ramai.

Kutipan filem ini pada minggu pertama di Malaysia mencecah $1,339,105 iaitu sekitar RM5,922,593. Kutipan peringkat global setakat ini adalah $244,878,306 iaitu sekitar RM1,083,047,771. Francais John Wick masih tidak berakhir kerana telah dikembangkan ke siri TV The Continental dan filem sampingan Ballerina lakonan Ana de Armas.

Chad Stahelski selaku pengarah John Wick menyatakan beliau dan Keanu Reeves ingin bersara dari John Wick buat masa ini. Tetapi mereka tidak ingin melihat filem ini tamat dan jika di masa hadapan mereka ada idea yang boleh menandingi sambutan John Wick 4 – filem John Wick 5 boleh dihasilkan.

Sohor Kini