Chad Stahelski telah pun berkongsi yang filem John Wick: Chapter 4 adalah filem John Wick terakhir. Beliau dan Keanu Reeves ingin tamatkan watak ini terus dan tidak ingin dipanjangkan lagi ke filem lain. Tetapi francais John Wick tidak akan tamat kerana akan diteruskan dengan siri TV sampingan The Continental dan filem Ballerina.

Untuk Ballerina Stahelski hanya memberi nasihat sahaja. Menurut beliau filem sampingan ini adalah “anak” kepada Len Wiseman (pengarah francais Underworld) dan beliau hanya kongsi pendapat bagaimana vibe dan tema filem sahaja.

Erica Lee selaku penerbit Ballerina berkongsi yang filem Ballerina akan mirip dengan John Wick. Beza sedikit pada rupa dan motivasi watak lakonan Ana de Armas. Dalam John Wick watak Reeves ingin keluar dari dunia pembunuh upahan tetapi watak Armas adalah ingin masuk ke dalam dunia ini.

Filem ini akan berlaku di negara Eropah dan untuk memastikan ia berlaku dalam dunia sama dengan John Wick, Keanu Reeves dan beberapa pelakon lain akan melakukan penampilan khas. Aksi padu turut tidak akan dilupakan dalam filem ini.

Butiran lanjut mengenai Ballerina masih belum diumumkan lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini