Skip to main content

John Wick 4 adalah filem John Wick terakhir. Filem ini juga merupakan filem dengan durasi paling panjang berbanding tiga filem sebelum iaitu 2 jam 49 minit. Walaupun ini adalah filem terakhir dan merupakan detik penting bagi watak lakonan Keanu Reeves ini beliau sebenarnya tidak banyak bercakap pun dalam filem.

Dalam treler anda akan nampak yang John Wick seakan ada banyak bercakap. Tetapi sebenarnya sepanjang hampir tiga jam filem beliau hanya mempunyai 380 patah perkataan sahaja dan majoriti daripadanya adalah Yeah.

Dalam filem ini juga saat paling lama beliau bercakap adalah bersama Shimazu Koji lakonan Horiyuki Sanada dengan ayat  “You and I left a good life behind a long time ago, my friend.”

Reeves dikatakan sepatutnya mempunyai lebih banyak bercakap tetapi separuh daripada dialog yangg relah ditulis beliau buang. Mungkin kerana watak beliau penuh dengan dendam dan sudah penat kerana ingin semua aksi ini tamat sahaja.

Selepas ini John Wick akan muncul untuk penampilan khas dalam filem prekuel Ballerina lakonan Ana De Armas

Sumber: Deadline

Leave a Reply