Tiga tahun lepas, semasa filem John Wick 4 (JW) masih dalam penggambaran pihak studio merancang untuk terus merakam JW4 dan JW5 secara berturut-turut. Namun disebabkan Covid-19 perancangan semua berubah.
Baca: Ulasan John Wick 4
Terkini pengarah filem John Wick iaitu Chad Stahelski memberitahu beliau sudah selesai melibatkan diri dengan filem John Wick. Bermakna filem JW4 adalah filem John Wick terakhir dan selepas ini tiada lagi projek berkaitan John Wick yang akan dikendalikan beliau. Malah filem dan siri sampingan iaitu Ballerina dan The Continental turut tidak melibatkan beliau dan Stahelski hanya memberi nasihat sahaja.
Amaran: Perenggan bawah ini mengandungi beberan (Spoiler!)
Sebelum John Wick 4 ditayangkan, Stahelski dan Keanu Reeves menayangkan filem ini secara tertutup. Reaksi orang-orang studio terkejut dan berasa marah apabila penghujung filem watak John Wick akhirnya mati. Joe Drake iaitu salah seorang eksekutif Lionsgate turut memberitahu yang beliau masih tidak bersedia untuk lihat John Wick tamat begitu sahaja. Sehinggakan beliau tonton filem ini sebanyak lima kali.
Filem JW4 turut mempunyai penutup alternatif dan potongan asal filem ini mempunyai durasi lebih 3 jam. Di hujung filem Stahelski memberitahu ada petunjuk yang John Wick masih hidup tetapi terus dipotong kerana beliau dan Reeves menjelaskan yang filem keempat adalah cara terbaik untuk tamatkan watak ini dan tidak perlu dipanjangkan ke filem kelima dan lain.
Sumber: Deadline