Ogos tahun lepas, Lady Gaga mengesahkan penglibatan beliau dalam filem Joker 2 – Joker: Folie à Deux. Filem Joker kedua adalah sekuel kepada Joker dan berlaku dalam Arkham Asylum yang memfokuskan kepada dua orang penyakit mental.

Filem ini dikatakan adalah filem muzikal. Dengan dunia filem DC iaitu DCU diperkenalkan, filem Joker disahkan berada dalam dunia tersendiri iaitu DC Elseworld. Semalam, imej pertama filem ini dikongsi oleh pengarah iaitu Todd Philips – memperlihatkan Lady Gaga mungkin memainkan watak Harley Quinn mendekati Joker lakonan Joaquin Phoenix.

Filem ini akan ditayangkan pada 9 Oktober 2024. Sinopsis masih belum dikongsi, begitu juga dengan senarai penuh pelakon. Tetapi Zazie Beetz disahkan akan kembali sebagai Sophie.

Dengan video acah yang Lady Gaga kongsi dengan muzik latar Cheek to Cheek nyanyian Fred Astaire dan Ginger Rogers, ia memberi petanda lagi yang filem Joker 2 akan memfokuskan kisah cinta Joker bersama Harley Quinn.

Sohor Kini