Skip to main content

Dengan James Gunn dan Peter Safran mengendalikan dunia filem DC iaitu DC Universe (DCU) melalui studio DC Studios di bawah Warner Bros. Disocvery (WBD), mereka berhasrat untuk memastikan filem, siri TV, animasi dan permainan video berkait antara satu sama lain. Contohnya, setiap watak akan kekal menggunakan pelakon sama baik aksi nyata atau sebagai suara.

Lima filem DCU dan lima siri TV termasuk animasi telah pun diumumkan sebagai permulaan fasa pertama iaitu Chapter One – God and Monster.

Tetapi, masih terdapat filem dan animasi lain di luar DCU yang Gunn tidak boleh elak iaitu The Batman oleh Matt Reeves, Joker oleh Todd Philips atau animasi Teen Titans Go!. Menurut Gunn, kandungan-kandungan DC luar DCU akan dikira sebagai DC Elseworld.

Ini bermakna besar kemungkinan, WBD masih akan teruskan projek-projek DC luar DCU. Cuma setiap projek ini akan menggunakan label DC Elseworld bagi mengelakkan kekeliruan dengan dunia DC Universe.

Leave a Reply