Filem Joker 2 iaitu Joker: Folie à Deux kini rasmi. Filem ini kini dalam fasa awal pembangunan di mana sekitar hujung tahun ini penggambaran akan dimulakan.

Joker 2 dikatakan adalah sebuah filem dengan elemen muzikal dan akan fokus di lokasi Arkham Asylum. Joaquin Phoenix akan kembali sebagai Joker/Arthur Fleck serta Lady Gaga turut akan berlakon dalam filem ini sebagai Harley Quinn.

Dalam laporan Deadline, seorang lagi pelakon filem Joker turut dalam perbincangan untuk kembali dalam sekuel. Pelakon ini adalah Zazie Beetz yang memainkan watak Sophie Dumond, jiran Arthur serta teman wanita dalam imaginasi Arthur.

Zazie Beetz baru-baru ini turut berlakon dalam filem Bullet Train, yang kini sudah ditayangkan. Anda boleh baca ulasan kami di sini: Ulasan Bullet Train – Selamat Kembali Brad Pitt

Sohor Kini