Filem Joker yang ditayangkan pada tahun 2019 adalah filem alternatif dunia DC yang lebih gelap, dahsyat dan boleh berlaku dalam dunia nyata. Filem diarahkan dan ditulis oleh Todd Philips dan Joker dilakonkan oleh Joaquin Phoenix.
Filem ini menang banyak anugerah dan turut disambut baik oleh orang ramai. Baru-baru ini, Lady Gaga dilaporkan dalam perbincangan untuk dipilih sebagai pelakon Harley Quinn dalam filem sekuel Joker. Filem sekuel Joker masih di peringkat awal, tajuk yang digunakan sekarang adalah Joker: Folie a Deux.

Daripada The Hollywood Reporter, sumber mereka berkongsi yang filem sekuel ini mungkin adalah filem muzikal. Ini tidak mengejutkan, kerana Todd Philips juga adalah individu bertanggungjawab untuk filem A Star is Born lakonan penerbit Joker, Bradley Cooper dan Lady Gaga.
Perlu diingatkan, sekarang ia kedengaran seakan tidak masuk akal dan sukar untuk diterima. Tetapi semasa idea filem pertama Joker dibentangkan, ramai juga yang tidak boleh terima. Mungkin iterasi sebegini boleh menarik perhatian orang ramai, jika penyampaian hebat? Sama-sama kita nantikan.