Skip to main content

Fast X adalah filem Fast & Furious yang seterusnya, filem kedua terakhir sebelum francais ini ditamatkan dengan filem yang kesebelas. Filem ini akan ditayangkan pada 10 April akan datang.

Terkini, menurut Variety – Vin Diesel menyatakan minat untuk menyertakan Robert Downey Jr. dalam filem Fast Saga yang seterusnya. Filem Fast 11 akan mempunyai watak antitesis kepada Dominic Toretto yang memfokuskan kepada kereta yang dikuasakan AI, kereta swapandu dan falsafah yang menentang kepada kebebasan.

Sementara Michelle Rodriguez yang memainkan Letty Ortiz inginkan Matt Damon sebagai rakan pelakon seterusnya dalam filem terakhir Fast & Furious.

Dalam Fast X, filem ini akan mempertontonkan musuh baharu Dante lakonan Jason Momoa yang bekerjasama dengan Cipher lakonan Charlize Theron untuk menentang Dom dan “keluarga”. Untuk mengukuhkan lagi “keluarga” Dom, Tess lakonan Brie Larson menyertai pasukan wira ini.

Twitter The Fast Saga turut berkongsi video mendedahkan watak-watak baharu yang tidak pernah didedahkan sebelum ini. Fast X turut akan disertai oleh Jason Statham, Tyrese Gibson, Chris “Ludacris” Bridges, John Cena, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Sung Kang, Scott Eastwood, dan ramai pelakon lain sebagai watak masing-masing – di samping turut menyertakan Rita Moreno sebagai nenek Dom.

Francais The Fast Saga mungkin tidak akan tamat dengan filem kesebelas, kerana studio di sebalik francais filem ini turut pernah menyatakan minat ingin hadir dengan filem sampingan memfokuskan watak wanita pula.

Leave a Reply