Blumhouse Production (Jason Blum) dan Atomic Monster (James Wan) adalah dua studio terkenal dalam menghasilkan pelbagai filem seram. Sejak tahun lepas, mereka dilaporkan dalam perbincangan untuk bergabung menjadi entiti syarikat produksi kandungan seram gergasi dan turut akan bekerjasama dengan Universal Pictures untuk perjanjian jangka masa panjang – dengan kontrak dipegang oleh Atomic Monster.

Baca: Ulasan – M3GAN

Walaupun dua studio ini ingin bergabung, mereka masih akan beroperasi secara sendiri dengan kreativiti masing-masing. Contoh filem seram yang menarik perhatian ramai pertama mereka adalah M3GAN dan pada tahun 2024 nanti filem Night Swim pula.

Selama ini, Atomic Monster aktif bekerjasama dengan Warner Bros. untuk francais filem The Conjuring dan Peter Safran pula adalah penerbit. Kini dengan The Conjuring Universe akan tamat tidak lama lagi kerana James Wan dan studio akan memberi fokus ke Universal dan Safran akan fokus kepada DC Universe dan DC Studios – The Hollywood Reporter melaporkan yang Warner Bros. mungkin telah menemui pengganti untuk mereka fokus kepada kandungan filem seram.

Individu ini adalah Zach Cregger, di mana beliau adalah pengarah dan pencipta filem Barbarian dan akan datang filem Weapon. Sumber menyatakan jika projek baharu Weapon ini berjaya bersama New Line Cinema (studio di bawah WBD), beliau akan menjadi individu penting dan pembekal kandungan sera, untuk New Line dan Warner Bros.

Sohor Kini