Barbarian adalah antara filem seram paling menarik tahun lepas. Ia mempunyai suspens tanpa henti, dengan penceritaan yang menarik serta prestasi lakonan yang mantap. Ulasan di Aksis turut menerima skor penuh 10/10.

Baca: Ulasan Barbarian – Filem Seram Dengan Suspens Tanpa Henti

Filem ini ditulis dan diarah oleh Zach Cregger. Dengan kejayaan filem ini berjaya menarik minat ramai orang dan kutipan mencapai $45.4 juta iaitu lebih 10x bajet, filem baharu beliau Weapon telah menerima bidaan dari pelbagai studio dengan penawaran sehingga lapan angka.

New Line Cinema iaitu studio di bawah Warner Bros Discovery dilaporkan memenangi bidaan Weapon. Bajet filem ini dikatakan mencapai lebih dua kali ganda bajet filem Barbarian ($4 juta). Weapon dikatakan adalah filem seram pelbagai-cerita, dengan inspirasi dari filem Magnolia (1999) yang menyertakan ramai pelakon.

Sumber: The Hollywood Reporter

Sohor Kini