Minggu ini adalah minggu terakhir tahun 2022 dan tahun ini kita disajikan dengan banyak filem. Baik yang ditunda kerana pandemik lepas atau juga filem-filem baharu. Di Aksiz, kami juga berpeluang menonton pelbagai filem menarik, filem seram, filem komedi dan turut dapat tonton banyak filem tempatan yang menerima kutipan yang membanggakan.
Pada tahun ini, filem dengan kutipan yang paling tinggi jatuh kepada Top Gun: Maverick. Filem ini berjaya mengutip sebanyak $1,488,732,821 iaitu sekitar RM6,598,063,863. Kutipan ini adalah lebih $400 juta berbanding filem kedua iaitu Jurassic World: Dominion.
Baca: Ulasan Top Gun : Maverick – Gunakan After Burner Ke Panggung Segera!
Mengejutkan, filem MCU pertama tahun ini berjaya menjadi filem ketiga dengan kutipan tertinggi. Filem ini adalah Doctor Strange in the Multiverse of Madness dengan jumlah kutipan $955,775,804 iaitu sekitar RM4,234,564,700. Antara filem terbaru tahun ini turut berjaya mendaki ke tangga keempat, iaitu Avatar: The Way of Water – tetapi kutipan filem ini agak mengecewakan jika dibandingkan dengan filem Avatar pertama.
Tempat kelima adalah filem animasi yang tular tahun ini, Minions: The Rise of Gru dengan kutipan sebanyak $939,433,210 iaitu sebanyak RM4,162,158,836. Sama-sama kita nantikan filem-filem menarik tahun hadapan dan saksikan yang mana boleh menjadi filem dengan kutipan tertinggi.