Kutipan Avatar: The Way Of Water Kini Hampir RM4 Bilion

Filem pertama Avatar yang ditayangkan pada tahun 2009 sehingga hari ini masih lagi filem dengan kutipan paling tinggi dalam sejarah iaitu $2,922,917,914 (~RM12,928,065,933). Terkini, selepas 13 tahun filem kedua dikeluarkan iaitu Avatar: The Way of Water.

Filem ini memfokuskan kepada Jake dan Neytiri bersama dengan anak-anak mereka dengan puak Pandora yang lain serta peperangan dengan manusia. Filem ini sudah pun ditayangkan lebih 10 hari. Kutipan di peringkat dunia kini telah mencapai sebanyak $889,381,686 (~RM3,933,735,197), hampir RM4 bilion. Kutipan di Malaysia pula Box Office Mojo setakat ini hanya mendedahkan kutipan untuk tiga hari pertama tayangan iaitu $2,998,431 (~RM13,262,060).

Jika dibandingkan dengan filem Avatar pertama pada tahun 2009, dalam tempoh dua minggu tayangan filem ini menerima kutipan $2,743,577,587 (~RM12,134,843,667). Ini bermakna, kutipan Avatar 2 agak mengecewakan. Adakah filem Avatar 2 mampu menewaskan Avatar pertama pada minggu ini? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Box Office Mojo

Sohor Kini