Tahun ini ada banyak filem seram yang ditayangkan seperti Scream, The Black Phone, Barbarian, Halloween Ends, Smile dan banyak lagi. Ada yang bosan, ada yang menarik dan sudah semestinya yang klise juga masih ada ditayangkan.

Dalam banyak-banyak filem seram, Barbarian adalah paling saya gemar pada tahun ini kerana mempunyai penceritaan yang menarik dan elemen seram yang cukup mendebarkan. Tetapi dalam kutipan Box Office, filem Smile adalah yang paling tinggi menurut Box Office Mojo.

Smile adalah filem seram oleh pengarah kali pertama iaitu Parker Finn yang mengadaptasi filem ini berdasarkan filem pendek beliau Laura Hasn’t Slept. Filem ini berjaya mengutip sebanyak $216,135,048 iaitu sekitar RM957,910,532. Kutipan ini telah menewaskan Nope, The Black Phone, Scream, Halloween Ends dan juga Barbarian.

Agak mengejutkan untuk filem yang diarahkan oleh pengarah kali pertama dapat merampas takhta kutipan paling tinggi dan menewaskan filem dengan francais besar seperti Scream dan Halloween.

Baca: Ulasan Smile – Senyuman Bukan Untuk Semua Orang!

Sohor Kini