Bulan April lalu Warner Media dan Discovery telah bergabung menjadi Warner Bros. Discovery. Dengan gabungan ini pelbagai strategi diubah seperti dunia filem DC diolah semula dengan perancangan 10 tahun untuk filem berkualiti. DCEU kini menjadi DC Universe, DC Films pula menjadi DC Studio yang diketuai oleh James Gunn dan HBO Max dan Discovery+ dikatakan akan digabungkan.
Terkini laporan oleh CNBC mendedahkan yang Warner Bros. Discovery sudah menemui nama baharu untuk gabungan HBO Max dan Discovery+. Mereka menyatakan gabungan ini akan digelar sebagai Max.
Nama ini masih belum muktamad, kerana ia masih dalam proses perbincangan. Sebelum ini kod nama BEAM digunakan sebagai rujukan dalaman. Nama Max juga adalah ingin HBO masih dikenali sebagai yang paling banyak menawarkan kandungan tanpa melupakan Discovery, DC Comics, Warner Bros., CNN dan banyak lagi.
Max turut akan meminjam beberapa ciri Disney+ untuk membezakan kandungan mengikut kategori masing-masing. Harga langganan baharu juga masih belum diumumkan. Tetapi platform penstriman video baharu ini dijangka akan menjadi penyumbang pendapatan kepada Warner Bros. Discovery.