Mac lalu, telah kami laporkan yang WarnerMedia dan Discovery dalam perbincangan untuk bergabung. Gabungan ini adalah untuk mengharmonikan teknologi kedua-dua platform dan kandungan daripada HBO Max lebih menyasarkan pengguna lelaki sementara kandungan Discovery yang lebih ke arah gaya hidup menyasarkan pengguna wanita.

Baru-baru ini, gabungan ini telah rasmi dan perjanjian telah selesai selepas diluluskan oleh para pelabur. Di bawah Warner Bros. Disvovery, CEO dan presiden Discovery akan menjadi ketua baharu sementara beberapa eksekutif sedia ada seperti daripada AT&T dan WarnerMedia meletakkan jawatan.

Platform penstriman HBO Max dan Discovery Plus juga dijangka akan bergabung menjadikan satu platform ini mempunyai lebih banyak kandungan dan boleh bersaing dengan Netflix. Perubahan untuk HBO Go Asia masih belum diketahui lagi, begitu juga dengan harga langganan untuk kedua-dua pelanggan HBO Max dan Discovery Plus. Turut tidak pasti adalah, adakah kelak gabungan platform ini kekal di Amerika Syarikat atau akan meluas keluar termasuk ke Malaysia?

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini