Warner Bros Discovery hari ini telah mengesahkan laporan sebelum ini yang mengatakan perkhidmatan HBO Max akan digantikan dengan satu perkhidmatan baharu. Perkhidmatan baharu tersebut yang buat masa ini masih tidak mempunyai jenama akan menggabungkan penawaran HBO Max dan Discovery+.

David Zaslav, CEO untuk Warner Bros Discovery mengatakan yang HBO Max mempunyai fungsi yang baik akan tetapi sering mengalami masalah prestasi, beliau juga mengatakan yang Discovery+ mempunyai teknologi yang lebih baik, dan akan menjadi asas untuk perkhidmatan baharu ini.

Dengan filem seperti Batgirl di batalkan, ramai yang merasakan Warner Bros Discovery akan membatalkan lebih banyak rancangan untuk HBO Max, akan tetapi Zaslav mengatakan yang kebanyakan projek di bawah perkhidmatan tersebut akan terus menerima sokongan.

Perkhidmatan baharu ini akan tiba sekitar suku ketiga tahun depan dengan maklumat lanjut akan dikongsi di masa hadapan.

Sohor Kini