Dengan pasca-pandemik, Netflix buat pertama kalinya mengalami pengurangan pelanggan berbayar selepas 10 tahun. Netflix menyalahkan punca kehilangan pelanggan ini adalah kerana ramai yang berkongsi akaun berbanding melanggan sendiri.

Antara strategi mereka untuk cuba menarik kembali orang ramai melanggan platform penstriman video ini adalah dengan memperkenalkan Netflix Games, iaitu hab permua terbina pada aplikasi Android dan iOS. Mereka turut memberi fokus kepada pasaran Asia dengan menawarkan pelbagai kategori kandungan bagi meningkatkan lagi jumlah pelanggan.

Terkini, akhirnya mereka telah berjaya meningkatkan jumlah pelanggan dengan penambahan sebanyak 2.41 juta pelanggan. Menjadikan jumlah terkini adalah 233.09 juta untuk suku kedua tahun 2022. Jumlah pelanggan ini juga adalah lebih tinggi berbanding Disney+ yang turut sedang menjadi semakin popular.

Bukan itu sahaja, Netflix turut berjaya menerima pendapatan $7.93 bilion pada suku ketiga 2023, di mana lebih tinggi berbanding jangkaan penganalisa yang meramal mereka hanya boleh mencapai a $7.85 bilion. Antara faktor lain kepada peningkatan ini adalah pelan lebih murah dengan iklan serta kemampuan memindahkan data profil ke akaun lain.

Sohor Kini