Netflix telah mengumumkan secara rasmi pengenalan pakej langganan baharu mereka iaitu “Basic with Ads” yang akan mula ditawarkan di 12 negara iaitu Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Mexico, Spain, UK dan juga Amerika Syarikat.

Harga untuk pakej baharu ini adalah berbeza mengikut negara, di Amerika Syarikat ia ditawarkan dengan harga $6.99 (~RM32) sebulan. Berikut adalah apa yang ditawarkan melalui pakej ini;

  • Kebanyakan kandungan yang ada di Netflix kecuali beberapa kandungan yang mempunyai masalah lesen seperti diumumkan sebelum ini.
  • Boleh strim sehingga 720p sahaja dan tiada fungsi memuat turun bagi tontonan luar talian.
  • Menyasarkan 4 sehingga 5 minit iklan untuk kandungan 1 jam dengan satu iklan adalah 15 sehingga 30 saat.

Netflix juga mengatakan yang mereka akan mempertingkatkan kualiti penawaran pakej baharu ini dan juga iklan dari semasa ke semasa sebelum bersedia untuk melancarkannya di lebih banyak negara kelak.

Sohor Kini