Netflix hari ini telah mengumumkan yang mereka kini membolehkan pengguna untuk memindahkan profil sedia ada mereka dari akaun lain ataupun keluarga ke akaun sendiri jika memiliki langganan tersendiri.

Pemindahan profil ini membolehkan pengguna untuk mengekalkan segala cadangan, sejarah tontonan, My List, fail simpanan untuk permainan mudah alih dan juga tetapan lain.

Fungsi ini akan ditawarkan kepada semua secara berperingkat, dengan mereka akan menghantar emel ke mana-mana akaun yang sudah menerima fungsi ini. Untuk melakukannya, pengguna sekadar perlu ke bahagian tetapan “Transfer Profile” dan mengikut arahan termasuk juga memasuki maklumat akaun baharu.

Fungsi ini sudah semestinya berguna apabila Netflix mula lebih mengekang aktiviti perkongsian akaun yang sering dilakukan oleh pengguna.

Sohor Kini