Melalui pengumuman prestasi kewangan untuk Netflix, mereka telah mengumumkan yang jumlah pelanggan berbayar bagi suku berakhir pada bulan Mac berkurangan sebanyak 200 ribu berbanding suku lepas, ia adalah buat pertama kali pengurangan selepas 10 tahun.

Netflix juga mengatakan yang mereka menjangkakan akan kehilangan 2 juta pelanggan di suku berikutnya dan mengatakan yang perkongsian akaun dan juga persaingan sebagai sebab utama. Namun, mereka juga mendapat penambahan sebanyak 1.1 juta pelanggan untuk benua Asia Pasifik.

Di dalam soal jawab bersama dengan pelabur, Netflix mengatakan yang mereka sedang mencari cara untuk tidak kehilangan pendapatan daripada perkongsian akaun, mereka sebelum ini telah membolehkan pelanggan untuk melakukan bayaran tambahan jika ingin berkongsi akaun. Ia masih di peringkat percubaan di Chile, Costa Rica dan Peru.

Selain itu, Netflix juga menilai menyertakan pelan langganan yang lebih murah tetapi menyertakan iklan, ia dikatakan akan tiba di dalam setahun dua lagi.

Sohor Kini