Penerbit dan penulis siri TV The Falcon and the Winter Soldier iaitu Malcolm Spellman dan Dalan Musson disahkan akan terus terlibat dengan projek MCU. Mereka berdua akan meneruskan kisah Sam Wilson/Captain America lakonan Anthony Mackie untuk filem keempat Captain America.

Anthony Mackie tahun lepas turut telah menandatangani perjanjian bersama Disney dan Marvel untuk filem keempat Captain America. THR baru-baru ini mendedahkan yang Julius Onah akan menjadi pengarah filem ini. Julius adalah pengarah untuk filem The Cloverfield Paradox.

Filem ini dikatakan mungkin akan bersambung terus dengan siri TV The Falcon and the Winter Soldier, seperti mana WandaVision bersambung dalam Doctor Strange in the Multiverse of Madness. Ini bermakna ia akan melibatkan John Walker/USA Agent lakonan Wyatt Russell dan juga kumpulan Flag Smasher.

Sohor Kini