Wednesday adalah siri TV baharu Netflix yang memfokuskan kepada Wednesday Addams dari keluarga The Addams Family. Dalam siri ini, Jenna Ortega akan memainkan watak utama sementara Catherine Zeta-Jones dan Luis Guzmán akan menjadi Morticia dan Gomez Addams ibu bapa kepada Wednesday. Pugsley juga telah didedahkan, di mana watak ini dimainkan oleh Isaac Ordonez.

Treler sebelum ini telah pun mendedahkan banyak informasi mengenai siri TV ini, kemudian klip khas memperlihatkan Thing turut dikongsi dan kini treler baharu mendedahkan lagi perkara yang menarik;

Buat pertama kalinya Netflix mendedahkan Uncle Fester, di mana watak lucu ini dimainkan oleh Fred Armisen (Melipnos dalam Brooklyn Nine-Nine dan Reverend Howard Layton dalam Schmigadoon!). Bukan itu sahaja, watak lakonan Christina Ricci turut diperlihatkan di mana bagi mereka yang tidak tahu – beliau adalah antara pelakon asal watak Wednesday dalam filem tahun 90-an. Dalam siri ini beliau akan menjadi cikgu kepada Wednesday.

Wednesday akan disiarkan pada 23 November akan datang dan mempunyai lapan episod. Ia hanya boleh distrim di Netflix secara eksklusif.

Sohor Kini