Wednesday adalah siri sampingan Addams Family yang memfokuskan kepada watak anak perempuan Gomez dan Morticia. Siri ini berlaku 25 tahun selepas ibu bapa beliau hilang dan Wednesday sedang memahirkan kuasa psikik beliau di Nevermore Academy. Secara tidak langsung ada raksasa membuuh muncul yang mungkin terlibat dengan misteri kehilangan Gomez dan Morticia.

Siri ini dihasilkan oleh Tim Burton dan Jenny Ortega adalah pelakon bagi watak Wednesday. Netflix harini mengacah Jenny sebagai watak ini bersama Thing iaitu watak tangan dalam keluarga Addam.

Tidak banyak yang dikongsi, selain memperlihatkan rekaan watak yang sangat cantik, penuh misteri dan menyeramkan. Tetapi vibe Tim Burton dan muzik klasik runut bunyi Addams Family membuatkan kami tidak sabar untuk saksikannya. Tarikh siaran belum diumumkan lagi buat masa ini.

Sohor Kini