Wednesday adalah siri sampingan Addams Family yang memfokuskan kepada watak anak perempuan Gomez dan Morticia iaitu Wednesday Addams. Ia berlaku 25 tahun selepas ibu bapa beliau hilang dan Wednesday sedang memahirkan kuasa psikik di Nevermore Academy. Secara tidak langsung ada raksasa membunuh muncul yang mungkin terlibat dengan misteri kehilangan Gomez dan Morticia.

Beberapa bulan lepas, Netflix telah mengacah Jenna Ortega sebagai Wednesday Addams dalam satu video dengan vibe Tim Burton dan muzik klasik runut bunyi Addams Family yang membuatkan kami tidak sabar untuk saksikannya.

Terkini Netflix mengacah imej Addams Family sekeluarga. Catherine Zeta-Jones dan Luis Guzmán memainkan watak Morticia dan Gomez, sementara Isaac Ordonez berlakon sebagai adik lelaki beliau iaitu Pugsley.

Tarikh siaran untuk siri TV ini masih belum didedahkan lagi. Treler mengenai siri TV ini juga belum lagi dikongsi. Tetapi Christina Ricci yang pernah berlakon sebagai Wednesday dikatakan akan kembali dalam siri TV ini sebagai watak yang belum didedahkan lagi.

Christina Ricci baru-baru ini menjadi popular kembali kerana berlakon sebagai Misty dalam siri TV Yellowjackets.

Sohor Kini