Baru sahaja Netflix kongsi imej Addams Family sekeluarga, kini mereka hadir dengan treler penuh pertama untuk siri TV Wednesday yang memfokuskan watak Wednesday Addams lakonan Jenna Ortega.

Treler ini memperlihatkan Wednesday sebagai seorang pelajar bermasalah yang kerap bertukar sekolah. Beliau yang kerap diejek membalas dendam kepada pelajar sekolah lain dengan cara yang kejam sekali.

Watak tangan ikonik Thing turut kelihatan begitu juga dengan bayangan Uncle Fester. Morticia dan Gomez ibu bapa kepada Wednesday lakonan Catherine Zeta-Jones dan Luis Guzmán nampak menarik dalam treler ini.

Siri TV ini dilihat akan banyak menyertakan elemen seram, ngeri, dan drama suspens. Wednesday diarahkan oleh Tim Burton dan akan disiarkan di Netflix pada satu tarikh yang akan diumumkan nanti.

Sohor Kini