Wednesday adalah siri sampingan kepada Addam Family, memfokuskan kepada Wednesday Addams yang dihantar ke sekolah oleh ibu bapa beliau Gomez dan Morticia. Disebabkan asyik dibuang, Wednesday kemudiannya dihantar ke sekolah Nevermore yang mendidik mereka yang mempunyai kuasa luar biasa.

Siri TV ini akan melibatkan banyak raksasa dan juga misteri kehilangan ibu bapa Wednesday. Dalam klip baharu yang dikongsi ketika cara TUDUM, Netflix mempertontonkan Wednesday bersama dengan watak tangan ikonik iaitu Thing.

Thing dihantar oleh ibu bapa Wednesday untuk memantau beliau. Namun, kerana takutkan Wednesday – Thing kini tunduk hormat dan menjadi setia kepada beliau. Tetapi sejauh manakah kesetiaan ini dan adakah Wednesday boleh bebas dengan bantuan Thing?

Wednesday akan disiarkan pada 23 November akan datang di Netflix.

Sohor Kini