Pada tahun ini sahaja Embracer Group telah mengambil-alih Eidos, Crystal Dynamics dan Square Enix Montreal, kesemuanya dari Square Enix. Mereka juga telah mengambil-alih harta intelek The Lord of the Rings.

Semasa pengumuman untuk The Lord of the Rings, mereka juga telah mengumumkan yang mengambil-alih Tripwire Interactive iaitu studio yang mengeluarkan permainan seperti Killing Floor dan Rising Storm. Selain itu, mereka juga mengumumkan mengambil alih Tuxedo Labs iaitu studio yang terkenal dengan permainan Teardown. Kedua-dua studio ini akan menyertai Saber Interactive.

Manakala melalui Freemode mereka telah mengambil alih Limited Run Games iaitu penerbit yang terkenal mengeluarkan permainan-permainan klasik secara fizikal untuk platform terkini. Freemode juga akan mendapat Singtrix iaitu syarikat teknologi vokal yang digunakan untuk hiburan dan juga permainan video.

Pengambil-alihan ini sudah semestinya meneruskan lagi apa yang dilakukan oleh mereka untuk tahun-tahun yang lepas, mereka sebelum ini juga telah mendapat suntikan dana $1 bilion dari Savvy Gaming iaitu entiti yang ditubuhkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Sohor Kini